PELAKON popular, Maya Karin mengakui dirinya didekati beberapa orang lelaki tempatan termasuk seorang jejaka dari Australia.
Maya berkata, sejak kembali solo pada 2010 ramai yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi dia lebih selesa berkawan kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya.
“Ya, sejak kembali single ada lelaki yang cuba mendekati dan nak kenal-kenal. Ada lelaki tempatan, dan yang agak serius nak kenal saya ialah seorang jejaka berasa dari Australia.
“Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.
“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya.
Maya mendedahkan perkara tersebut ketika sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, malam tadi (Isnin).
Sesi tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
BACA: Maya Karin dijelmakan sebagai Puteri Santubong
Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu serta tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali menerusi filem Anak Halal (FFM21) dan Ombak Rindu (FFM25) itu juga sempat berkongsi mengenai anxiety disorder yang dihadapiya.
Kata Maya, disebabkan anxiety disorder dia gagal untuk mendapatkan watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.
“Masa uji bakat, saya tak boleh buat dengan baik sebab serangan anxiety. Tangan saya menggigil, berpeluh dan perasaan ketika itu tak stabil.
“Tetapi sekarang ini saya sudah boleh mengawal anxiety saya. Memang betul saya ada rujuk kepada doktor mengenainya,” kata Maya.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua wartawan senior, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula 20 November hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin.
Manakala topik How To Make A Drama Go Viral - The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Tue Nov 23 2021
Maya Karin turut mendedahkan, disebabkan anxiety disorder yang dihidapinya menyebabkan dia gagal mendapatkan watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian. - Gambar GEMPAK
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Diserang 'panic attack' Maya Karin 'diselamatkan' hero di FFM32
Maya Karin mendedahkan, dia diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.
Maya Nature Foundation, HUiTM meterai MoU pulihara alam sekitar
Maya Nature Foundation, HUiTM meterai MoU demi pulihara alam sekitar
Maya Karin lawat PPV WTCKL, kagum dengan kecekapan dan profesionalisme petugas
Kehadiran aktres itu turut disambut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Maya Karin mengaku didekati empat lelaki termasuk warga Australia
Sejak kembali solo pada 2010 ramai yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi dia lebih selesa berkawan.
Maya Karin dijelmakan sebagai Puteri Santubong
Maya Karin bakal muncul dalam teater muzikal Puteri Santubong The Warrior Princess.
'Ombak Rindu': Maya Karin dedah hero asal bukan Aaron Aziz ...
Pelakon Maya Karin mendedahkan bahawa aktor Datuk Aaron Aziz bukanlah hero asal sewaktu pembikinan filem 'Ombak Rindu' yang diterbitkan pada 2011.
Kuasai lebih daripada satu bahasa buka lebih banyak peluang - Maya Karin
Dengan meluaskan pengetahuan lebih daripada bahasa ibunda, ia berpotensi membuka peluang yang lebih besar dalam hidup.
Ceritalah ASEAN - Maya Karin: Ratu Hijau Malaysia
Cabaran Maya Karin juga menjadi tular di media sosial, hasil daripada tindakannya secara spontan berswafoto ketika berbaring di sungai dalam perjalanan balik dari hutan hujan Belum di Perak.